Kebersihan Abu Bakar dari hal makanan suatu ketika abu bakar menrima makanan dari mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian pendapatannya
sebagai ghullah (Ghullah ialah bahagian pendapatan yang diberikan
kepada tuan oleh hamba-hamba yang telah dibenarkan bekerja dengan
perjanjian bahawa sebahagian daripada pendapatan itu hendaklah
diberikan kepada tuannya.) kepada beliau. Pada suatu hari hamba itu
telah membawa sedikit makanan lalu diberikan kepada Hazrat Abu Bakar
r.a. Beliau memakan sesuap daripada makanan itu. Hamba itu berkata,
"Setiap hari biasanya tuan bertanyakan cara-cara saya memperoleh
pendapatan. Sebaliknya hari ini tuan tidak bertanya pun."
Beliau menjawab, "Oleh kerana tersangat lapar saya tidak sempat bertanya. Sekarang, beritahulah."
Jawab
hamba itu, "Pada masa jahiliah dahulu, saya telah lalu berhampiran
suatu kaum dan saya telah membaca jampi mentera untuk mereka dan mereka
telah menjanjikan bayaran kepada saya. Hari ini, sekali lagi saya lalu
di sana dan mereka sedang mengadakan kenduri kahwin. Merekalah yang
telah memberikan makanan ini kepada saya."
Hazrat Abu Bakar terus berkata, "Kamu hampir-hampir membinasakan daku."
Setelah
itu, beliau memasukkan jarinya ke dalam halkum, berusaha untuk muntah.
Namun demikian, sesuap makanan yang telah dimakan dalam keadaan
tersangat lapar itu tidak juga keluar. Seseorang telah mencadangkan agar
beliau
minum air kerana akan memudahkan beliau muntah. Beliau telah
meminta satu bekas besar yang berisi air dan terus meminum air itu
serta berusaha untuk muntah sehingga makanan yang sesuap itu berjaya
dikeluarkan.
Ada orang mengatakan, "Semoga Allah s.w.t merahmati tuan. Tuan telah menanggung segala kesusahan kerana sesuap makanan itu."
Beliau
menjawab, "Saya tetap akan mengeluarkan makanan itu walaupun nyawa
saya akan melayang. Saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa api
neraka lebih layak untuk daging yang subur dengan harta yang haram.
Saya takut mana-mana bahagian anggota badan saya akan subur dengan
sesuap makanan itu." [Muntakhab Kanzul-'Ummal]
kesimpulanya dari kisah itu adalah
Terdapat beberapa kisah seumpama ini tentang Hazrat Abu Bakar r.a
kerana beliau mempunyai sifat yang sangat berhati-hati. Hanya kerana
sedikit kesangsian beliau telah berusaha untuk memuntahkan makanan
tersebut.
Terdapat satu lagi kisah seumpama ini yang diriwayatkan
dalam kitab Sahih Bukhari. Ada seorang hamba beliau yang telah berlagak
sebagai ahli nujum semasa zaman jahiliah. Dia telah menilik nasib
untuk seseorang dan secara kebetulan perkara yang ditiliknya itu
benar-benar berlaku. Dia telah diberi upah dan sebahagian daripada
upahnya itu telah diserahkan kepada Hazrat Abu Bakar sebagaimana yang
telah ditetapkan ke atasnya. Hazrat Abu Bakar r.a
telah memakan
makanan hasil upahan tersebut. Setelah diketahui keadaan sebenar,
Hazrat Abu Bakar r.a telah memuntahkan kesemua makanan itu.
Dalam
kisah-kisah ini, belum pasti harta hamba-hamba itu haram. Mungkin haram
atau mungkin halal. Namun demikian, sifat teliti yang ada pada Hazrat
Abu Bakar r.a begitu hebat sekali sehingga beliau tidak rela membiarkan
harta yang syubhah itu menyuburkan badan beliau
No comments:
Post a Comment