Dakwah Gus MUH yg sangat berkesan dimulai dari tutur katanya yang ramah ,lembut ,tegas ,serta mudah ditangkp oleh iandra telinga ,seprti ini isi dakwah beliau.."
"Siapakah
kita? Dari mana kita datang? Ke mana kita akan dikembalikan? Kesemua
persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah
Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari
hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya
diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah
hanyalah Iman dan Takwa.
Seorang teman pernah mengingatkan
bahawa dunia ini ibarat penjara dan manusia adalah ibarat banduan yang
menanti masa ke tali gantung. Bezanya hanyalah banduan yang dihukum mati
mengetahui bila masanya dia akan digantung sementara kita tidak, hanya
menanti masanya. Sudahkah kita bersedia melaluinya?